Wanita maut selepas kereta dihempap pokok

Wanita maut selepas kereta dihempap pokok

KEADAAN kenderaan dipandu wanita dihempap pokok dalam kejadian di Jalan Ulu Yam- Gombak hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya dihempap pokok di Jalan Ulu Yam-Gombak, menghala ke Ulu Yam, di sini, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.14 petang.

“Lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati sebatang pokok menghempap MPV jenis Perodua Alza,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, kerja-kerja memotong pokok dilakukan dan mangsa berjaya dibawa keluar 7.10 malam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya