Wanita maut dirempuh kereta dipandu remaja 14 tahun

Wanita maut dirempuh kereta dipandu remaja 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang peniaga maut manakala kakaknya cedera setelah motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta dipandu remaja perempuan berusia 14 tahun berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kedah, petang semalam.

Mangsa, Nur Shafiqah Abdullah, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan manakala kakaknya, Nooraliza, 43, mengalami kesakitan di bahagian dada, pinggang dan kaki kiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.05 petang.

“Siasatan mendapati, dua beradik yang menaiki motosikal jenis Honda Wave bergerak dari lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah manakala kereta Proton Satria dipandu remaja terbabit dari arah bertentangan.

“Kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan sebelum masuk ke arah bertentangan lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Syed Basri berkata, kejadian berlaku ketika cuaca hujan dan menyebabkan permukaan jalan basah.

“Remaja tersebut yang tidak bekerja dan tidak bersekolah dipercayai memandu kereta milik rakan ibunya dan polis kini sedang mengesan pemilik kereta itu untuk diambil tindakan kerana membenarkan kenderaan dipandu remaja bawah umur.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang gagal mengawal kenderaannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya kini masih berusaha mengesan saksi awam di lokasi kejadian selain pemeriksaan lanjut akan turut dijalankan terhadap kenderaan terlibat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya