Video, gambar jambatan retak tular bukan di jambatan kedua Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Video, gambar jambatan retak tular bukan di jambatan kedua Pulau Pinang

JKSB menafikan rakaman video yang menunjukkan struktur jambatan retak adalah jambatan kedua Pulau Pinang atau JSAHMS seperti yang didakwa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Syarikat Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) hari ini menafikan dakwaan sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) di sini mengalami keretakan.

Ia susulan penularan satu rakaman video berdurasi 28 saat berhubung insiden itu di media sosial hari ini.

Jurucakap JKSB berkata, hasil siasatan mendapati, struktur JSAHMS dengan jambatan yang ditularkan dalam rakaman video itu adalah tidak sama.

Sehubungan itu, katanya, jambatan berkenaan bukanlah JSAHMS seperti yang didakwa dalam rakaman video terbabit.

“Sehubungan itu, pihak JKSB meminta kerjasama daripada semua pihak agar tidak menularkan video tersebut bagi mengelakkan timbul kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam.

“Dalam hal ini, JKSB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, pengguna boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau untuk sebarang mendapatkan bantuan jika berlaku kecemasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya