PETALING JAYA: Utusan Malaysia berjaya meraih tempat kedua bagi kategori media dalam pertandingan pencarian harta karun antara koperasi anjuran Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (Sekatarakyat) Kali Ke-11 Sabtu lalu.
Utusan Malaysia yang diwakili dua kumpulan berjaya memenangi wang RM1,000 ringgit dan sijil penghargaan, selain hadiah saguhati untuk satu kumpulan yang lain.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, pertandingan tersebut merupakan medium terbaik bagi mengukuhkan hubungan dan semangat setia kawan antara peserta dan kumpulan koperasi .
“Melalui aktiviti seperti ini, jalinan kerjasama dalam gerakan koperasi dapat diutuhkan dengan semangat setia kawan dan sokong menyokong dalam kalangan koperasi.
“Ia selaras dengan dengan Prinsip Ke-6 iaitu ‘Kerjasama Antara Koperasi’ dalam Prinsip-Prinsip Koperasi,” katanya dalam ucapan perasmian di Bank Rakyat baru-baru ini.
Justeru kata Mohammad Hanis, kerjasama antara koperasi perlu digalakkan kerana dengan cara ini, kekuatan daripada kepelbagaian dalam gerakan koperasi dapat digembleng.
“Kerjasama ini bukan hanya dalam bentuk aktiviti ekonomi dan program latihan sahaja, tetapi boleh juga dalam bentuk aktiviti riadah seperti yang dianjurkan oleh Sekatarakyat ini,” katanya. jelasnya. – UTUSAN