Usaha bawa sukan tarik tali ke peringkat tinggi - Utusan Malaysia

Usaha bawa sukan tarik tali ke peringkat tinggi

MUHAMMAD Kamil Abdul Munim (tiga dari kanan) dan Presiden PTWA, Datuk Azizul Kama Abd Aziz (kiri) diperkenalkan kepada pasukan yang menyertai pertandingan Madani Tug Of War (MTOWC) 2023 di Ipoh. - UTUSAN/AZIZAN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Usaha memertabatkan sukan tarik tali di peringkat antarabangsa sedang dilaksanakan.

Sebagai permulaan sukan itu sedang cuba untuk dipertandingkan di peringkat Sukan Perak.

Timbalan Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Perak (PTWA), Datuk Mohd Hussin Abdullah berkata, usaha itu sedang dibuat melalui Jabatan Belia dan Sukan negeri.

“Tarik tali dianggap sebagai sukan kampung terutama dalam kalangan orang muda.

“Justeru PTWA akan berjuang bagi meningkatkan martabat sukan ini ke peringkat tinggi bermula sukan peringkat negeri, Sukan Malaysia, Sukan SEA, Asia dan Olimpik,”katanya.

Beliau bekata kepada pemberita pada perasmian pertandingan tarik tali Madani Tug Of War (MTOWC) 2023 di Stadium Ragbi Perak di sini hari ini.

Kejohanan merebut Piala Ahli Parlimen Tambun yang disertai 25 pasukan itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Dua kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Awam dan Berunifom dengan juara setiap kategori menerima hadiah RM2,000.

Muhammad Kamil dalam ucapan perasmiannya menyokong usaha PTWA memperjuangkan sukan tarik tali ke peringkat tinggi.

“Kementerian kewangan memberi sokongan kepada usaha ini. Semoga usaha ini akan berjaya dan sukan tarik tali mendapat tempat di arena antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya