Umat Islam seluruh dunia perlu bersatu tentang kezaliman Zionis - MB Perlis - Utusan Malaysia

Umat Islam seluruh dunia perlu bersatu tentang kezaliman Zionis – MB Perlis

MOHD. Shukri Ramli bersama ribuan umat Islam berkumpul pada Himpunan Aman Solidariti Bersama Rakyat Palestin di perkarangan Masjid Alwi, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Umat Islam seluruh dunia termasuk melibatkan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bersatu bagi menentang kekejaman zionis ke atas rakyat Palestin.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, masyarakat Islam di dunia akan menjadi lebih kuat sekiranya bersatu padu dan menggembleng kekuatan dalam menyatakan penentangan terhadap kekejaman zionis.

Katanya, selain itu, umat bukan Islam yang bencikan kekejaman juga disaran untuk bersama-sama menolak tindakan tidak berperikemanusiaan rejim zionis sejak berpuluh tahun lalu.

“Ini adalah merupakan agenda kita bagi menolak kekejaman zionis ini agar semua pihak dapat hidup dengan aman dan harmoni,” katanya ketika ditemui selepas Himpunan Aman Solidariti Bersama Rakyat Palestin di perkarangan Masjid Alwi di sini hari ini.

Hadir sama dalam himpunan itu, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Ketua Pemuda Pas negeri, Haziq Asyraf Dun; pimpinan kerajaan negeri dan lebih 1,000 orang.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, himpunan berkenaan adalah bertujuan bagi menggesa rejim zionis menghentikan penindasan ke atas rakyat Palestin dan menyerahkan kembali Masjid Al-Aqsa kepada umat Islam.

“Saya seru seluruh umat Islam agar dapat berhenti berbolak balik dan menyatakan sokongan ke atas rakyat Palestin yang ditindas.

“Kita tidak boleh lagi menyalahkan antara satu sama lain dan menyelamatkan diri dengan meminggirkan perjuangan buat rakyat Palestin yang ditindas,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya