Umat Islam perlu zahir solidariti terhadap rakyat Palestin - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Umat Islam perlu zahir solidariti terhadap rakyat Palestin – Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (lima dari kiri) berkenan mengikuti program Kayuhan MAIPs Peduli yang dianjurkan khas sebagai tanda solidariti terhadap umat Islam Palestin. baru-baru ini-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seluruh umat Islam perlu terus menzahirkan solidariti di atas situasi semasa di Palestin ketika ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, langkah itu adalah sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap keamanan sejagat.

“Keamanan merupakan hak semua insan dan ia tidak wajar dinafikan dan dirampas oleh mana-mana pihak,” titah baginda selepas berkenan berangkat mengetuai program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli, di sini.

Program kayuhan sejauh 15 kilometer pada kali ini juga dianjurkan khas sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap masyarakat Islam Palestin.

Dalam program sama, baginda turut berkenan menyampaikan bantuan kepada tiga keluarga asnaf terpilih sekitar kawasan Simpang Empat, di sini, iaitu Manis Saad, 79, Che Tom Mahamood, 72 dan Bakeri Omar, 55, di mana setiap keluarga menerima bantuan wang tunai RM700, Kit MAIPs Peduli beserta beras fidyah.

Turut mengiringi bagi dalam program berkenaan adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Najmuddin Abdul Karim berkata, kutipan Tabung Musa’adah bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023 baru-baru ini.

“Sehubungan itu, bagi tujuan penyelarasan, JAIPs menggesa orang ramai di Perlis yang ingin membuat sumbangan kepada Palestin agar dapat menyalurkannya kepada pihak-pihak yang telah diberikan tanggungjawab oleh kerajaan untuk menyampaikan sumbangan secara terus kepada mangsa terlibat,” katanya.

Tambahnya, sumbangan tersebut boleh disalurkan secara terus ke Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Waqaf Malaysia melalui akaun CIMB Islamic Bank Berhad 86-0221818-6. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya