PETALING JAYA: Koleksi emas dengan ukiran ‘wajah Malaysia’ antara yang bakal dipersembahkan dalam program fesyen di London hujung tahun ini.]
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/WhatsApp-Image-2023-10-06-at-2.45.53-PM-1-402x600.jpeg)
Pengasas Trishya & Co, Dr. Raskidah Ali berkata, antara koleksi yang dijangka dipamerkan dengan identiti tempatan termasuk koleksi loket pesona seperti bahulu, wau bulan, kuih lapis, gong dan durian.
Katanya, menerusi program tersebut, ia dapat menampilkan seni pembuatan emas tempatan di peringkat antarabangsa.
“Corak ini secara tidak langsung dapat mengetengahkan identiti Malaysia di peringkat global selain berkongsi keunikan rekaan emas tempatan di peringkat antabarangsa.
“Malah, pelancong dalam masa yang sama dapat melihat rekaan bercirikan Malaysia yang boleh dijadikan kenang-kenangan ketika berkunjung ke negara ini,” katanya.
Dalam pada itu, Raskidah berkata, pihaknya juga memperkenalkan pelan simpanan emas untuk mendidik generasi muda menabung dan melabur untuk jangka masa panjang.
“Saya berharap golongan muda terutama remaja mula melakukan pelaburan emas daripada membeli sesuatu yang tidak menguntungkan,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE