Tun M bidas negara Barat membisu isu Palestin

Tun M bidas negara Barat membisu isu Palestin

Penduduk mengadakan demonstrasi di Chicago, Illinois bagi menyokong rakyat Palestin dan mendesak kerajaan Amerika Syarikat menghentikan sokongan ke atas Israel. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar tindakan negara Barat dan Amerika Syarikat (AS) yang membisu apabila Israel melakukan jenayah perang dan memberi sokongan dengan membekalkan senjata kepada rejim itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, lebih 70 tahun Israel dengan kejam dan bongkak mendera orang Palestin tanpa henti.

Katanya, hampir setiap hari, tentera Israel membunuh orang Palestin dengan alasan mereka yang dibunuh ialah pengganas.

“Siapa yang menentukan orang Palestin yang dibunuh ialah pengganas? Jika mereka itu disyaki pengganas, mengapa tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah?

“Jika kita renung kembali, Israel yang sebenarnya sebuah negara pengganas yang berdekad lamanya melakukan keganasan ke atas orang Palestin tanpa rasa bersalah atau sebarang kekesalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Mahathir berkata, tindakan Hamas ialah langkah orang yang sudah tenggelam punca, hilang harapan bagi mendapatkan keadilan dari negara besar yang mendabik dada sebagai pejuang keadilan dan kemanusiaan.

“Tidakkah sesuatu yang dijangka Hamas dan juga mana-mana orang Palestin yang dijajah oleh Israel, didera, dibunuh and dihina seperti binatang, bertindak sebagaimana yang kita saksikan hari ini?

“Pada waktu ini juga, kita menjadi saksi kepada tindakan Israel yang berusaha mengatasi keganasan yang mereka tuduh dilakukan oleh Hamas,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, Israel membunuh kanak-kanak dan bayi Palestin kerana mendakwa mereka akan membesar menjadi pengganas.

“Dengan alasan itu mereka terus melakukan pembunuhan ke atas bayi dan kanak-kanak Palestin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya