Tukang kebun maut rempuh lori diparkir di bahu jalan - Utusan Malaysia

Tukang kebun maut rempuh lori diparkir di bahu jalan

KEADAAN motosikal ditunggangi Muhammad Shah Iqbal Abd Rashid yang maut selepas merempuh sebuah lori yang diparkir di bahu jalan di Kilometer 5, Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Petronas Binjai, Kemaman, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang tukang kebun maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di bahu jalan di Kilometer 5, Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Petronas Binjai, di sini, tengah malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira 12.10 malam, Muhammad Shah Iqbal Abd. Rashid, 21, dari Batu 5, Kampung Pengkalan Binjai, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah sebuah stesen minyak di Binjai, menghala ke bandar Chukai. 

“Ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha SM Sport 10, untuk ke sebuah kedai kotak, dia tiba-tiba terlanggar bahagian belakang sebuah lori jenis Volvo yang dipandu lelaki berusia 54 tahun yang sedang diparkir di bahu kiri jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya. 

Hanyan berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya