Tuduhan hamilkan anak orang berniat jahat, Aniq Suhair mahu saman - Utusan Malaysia

Tuduhan hamilkan anak orang berniat jahat, Aniq Suhair mahu saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Aniq Suhair bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendakwa pelakon itu menghamilkan seorang perempuan seperti yang tular sebelum ini.

Menurut Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, tuduhan itu bersifat jahat di samping merosakkan reputasi dan nama baiknya sebagai seorang selebriti.

“Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.

“Saya telah pun mengarahkan pequam sava untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali itu enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada proses undang-undang.

“Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat beri komen lanjut kerana akan menjejaskan proses undang-undang.

“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” jelasnya.

Sebelum ini tular di platform TikTok apabila seorang wanita mendakwa Aniq Suhair enggan bertanggungjawab selepas menghamilkannya.

Bukan itu itu sahaja, aktor itu juga didakwa meminta wanita berkenaan untuk menggugurkan kandungannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya