KAMPAR: Tragedi banjir lumpur yang menggemparkan negara pada 1996 yang meragut 44 nyawa belum dilupakan penduduk perkampungan Orang Asli di Pos Dipang, dekat sini. Bencana alam pada 29 Ogos 1996 itu menyaksikan 39 mayat ditemukan bergelimpangan atau tertimbus manakala lima lagi tidak dapat dikesan sehingga hari ini, selain melenyapkan sama sekali rumah di perkampungan berkenaan. Tapak perkampungan asal yang dilanda banjir lumpur 27 tahun lalu itu sudah lenyap dan kini dinaiki hutan. Penduduk pula dipindahkan ke tapak lain iaitu kawasan penempatan baharu kira-kira 500 meter dari tempat asal, namun trauma…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya