Tragedi Batang Kali: Tapak khemah terdiri sisa tanah granit

Tragedi Batang Kali: Tapak khemah terdiri sisa tanah granit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kawasan kegagalan di tapak perkhemahan Batang Kali, Selangor itu terdiri daripada sisa tanah granit dengan anggaran ketebalan 15 meter (m).

Laporan forensik yang dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mendedahkan, kawasan kegagalan itu boleh dilihat melalui bahagian atas kawasan yang terjejas.

“Kehadiran banyak blok granit bersaiz 2m hingga 5m didapati di cerun atas, lereng bukit dan di hujung kaki mangsa yang terjejas,” katanya.

Tragedi pada kira-kira pukul 2.30 pagi itu pada 16 Disember tahun lalu itu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan tersebut, batu granit yang ditemukan di kawasan tanah runtuh itu mungkin mengalami ricih dan anjakan disebabkan jasad granit yang terletak berhampiran dengan Zon Sesar Bukit Tinggi. 

“Batuan metasedimen diperhatikan telah mengalami anjakan, tujahan dan lipatan yang kuat selepas aktiviti rekahan granitik berlaku di sekitar trias akhir,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya