Tragedi Batang Kali: Pemeriksaan berkala elak tragedi berulang 

Tragedi Batang Kali: Pemeriksaan berkala elak tragedi berulang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah-langkah mitigasi dan pencegahan seperti pemeriksaan berkala perlu dilakukan bagi mengelak tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang meragut 31 nyawa tahun lalu, berulang.

Menerusi laporan forensik yang dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini, langkah-langkah mitigasi itu turut melibatkan pembangunan bahaya cerun, peta risiko di jalan negeri dan persekutuan.

Dalam pada itu, kata laporan itu, Pelan Induk Cerun Kebangsaan (2009-2023) perlu dilanjutkan pelaksanaanya sehingga 15 tahun akan datang bagi meningkatkan pelan pengurusan cerun yang berkesan.

“Pelan pengurusan cerun yang berkesan dapat mengurangkan risiko dan kehilangan harta benda dan nyawa akibat pelbagai bahaya dan perubahan iklim yang berterusan,” katanya.

Katanya, teknologi kecerdasan buatan (AI) turut disyorkan penggunaan sebagai medium untuk mengurus data cerun secara menyeluruh dan bersepadu di semua peringkat.

Menerusi laporan itu, penguatkuasaan dan garis panduan melibatkan aktiviti perkhemahan dan tempat rekreasi perlu dipertingkatkan lagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya