TELUK INTAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melawat sepupunya yang dirawat di Hospital Teluk Intan akibat jangkitan kuman pada paru-paru di sini petang semalam.
Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat sepupunya, Siti Badariah Mohd Amir, 69, yang dirawat di Wad 3 A hospital itu sejak 2 Oktober lalu.
Ahmad Zahid kemudiannya beramah mesra dengan kakitangan hospital dan pesakit lain di wad berkenaan sebelum kembali ke Kuala Lumpur. –UTUSAN