Tingkat siap siaga, respon awal, pantas hadapi wabak masa depan - Noor Hisham

Tingkat siap siaga, respon awal, pantas hadapi wabak masa depan – Noor Hisham

NOOR Hisham Abdullah ketika menyampaikan ucaptama di Universiti Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pandemik Covid-19 memberi pengajaran bermakna berhubung keperluan untuk bertindak balas awal dan pantas terhadap wabak pada masa depan dan mengukuhkan sistem kesihatan negara.

Canselor Universiti Cyberjaya, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, sebarang tindak balas tempatan atau serantau mesti mengambil kira pendekatan kesihatan awam yang inklusif dan bersasar terutama memastikan akses kesihatan kepada golongan rentan.

Pada masa sama, beliau berkata, pendekatan keseluruhan kerajaan dan kerjasama semua kumpulan masyarakat adalah kunci kejayaan utama kepada respon dalam menangani apndemik Covid-19.

“Walau bagaimanapun, adalah lebih baik kerjasama ini diperluaskan di peringkat serantau untuk berkongsi sokongan teknikal, pengumpulan sumber dan perolehan kepada kajian penyelidikan bersama.

“Selama bertahun-tahun sistem kesihatan negara kekurangan dana, kekurangan kakitangan yang dibebani tugas dan terpaksa bekerja di fasiliti sesak. Justeru, pandemik covid-19 memberi petunjuk agar lebih banyak pelaburan dalam sistem kesihatan Malaysia dalam meningkatkan kesiapsiagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam Persidangan HRD Asia di Universiti Cyberjaya berhubung pengajaran Pasca Pandemik; Membina Budaya Kesejahteraan Holistik.

Noor Hisham yang merupakan bekas Ketua Pengarah Kesihatan itu turut mengingatkan agar orang ramai tidak leka dan lupa agar tidak mengabaikan penjagaan kesihatan walaupun pandemik telah berakhir.

“Hari ini ramai yang telah lupa tentang apa yang kita lalui dan yang paling teruk gagal memenuhi keperluan sistem kesihatan.

“Justeru, kita harus memberi perhatian sewajarnya bahawa setiap sektor dalam negara adalah sektor kesihatan. Kita mampu membuat perubahan besar dalam sistem kesihatan untuk hari esok yang lebih baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya