TIGA pertubuhan belia menerima peralatan permainan ping pong daripada Pusat Perkhidmatan Dewan Undangan Negeri Padang Tengku di Dataran Tok Linggi, Kampung Relong, Lipis baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, sumbangan kerajaan negeri itu cukup bermakna bagi tiga pertubuhan belia, iaitu Kampung Petola, Kampung Berchang dan Kampung Tanjung
Jambu untuk mengembangkan minat serta bakat dalam permainan ping pong dan berpeluang menyertai pertandingan luar.
“Sumbangan peralatan ini juga sebagai kemudahan bagi belia di kampung mengisi masa luang dan cuti hujung minggu. –UTUSAN