Tiga mayat remaja lemas ditemukan di Sungai Batu Nangar

Tiga mayat remaja lemas ditemukan di Sungai Batu Nangar

ANGGOTA bomba mengangkat salah seorang daripada tiga mayat mangsa yang ditemukan oleh orang awam di Sungai Bat Nangar awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DARO: Misteri kehilangan tiga remaja selepas mandi sungai semalam terjawab apabila tiga mayat ditemukan orang awam di Sungai Batang Lassa di antara jarak satu hingg ke empat kilometer awal pagi tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro menerima panggilan dari orang awam kepada penemuan seorang mangsa lemas oleh pekerja feri.

“Seawal pukul 6:32 pagi tadi, BBP Daro bergerak ke lokasi untuk membuat pengesahan seterusnya menyambung operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ke tiga. 

“Anggota bomba bergerak menggunakan sebuah bot penyelamat dengan kekuatan empat anggota. Jarak penemuan mangsa dari lokasi yang dilaporkan lemas dianggarkan satu kilometer dan identiti mangsa dikenali sebagai Herodias Enggung,” ujarnya. 

Sementara itu, tambahnya, mangsa kedua dijumpai oleh pasukan penyelamat  ketika anggota meneruskan pencarian di sepanjang sungai.

“Sekitar pukul 8:22 pagi tadi, mangsa kedua dikenali sebagai Sebastian Oziel Seman Umpi Jarak ditemukan pada jarak dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

“Dalam operasi SAR jam 9:05 pagi tadi juga membawa kepada satu lagi penemuan jasad mangsa terakhir yang dikenali sebagai Aldrin Gambang Allan Kiai dijumpai pada jarak 4 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas,” jelasnya lagi. 

Justeru, kesemua jasad mangsa dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi SAR ditamatkan tepat pada pukul 10 pagi tadi. 

Pada Ahad lalu, empat remaja lelaki bermandi-manda di Sungai Batang Lassa sebelum  bertukar tragedi apabila tiga daripadanya hilang manakala seorang selamat. 

Tiga yang hilang berkenaan masing-masing berusia 13 tahun ketika melakukan aktiviti rekreasi berkenaan di sungai berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya