Tiga lelaki menyamar polis, peras ugut wang warga asing ditahan

Tiga lelaki menyamar polis, peras ugut wang warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis serta memeras ugut dua beranak warga asing di Taman Permai Jaya, di sini, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada 10.30 malam, Rabu lalu, dua warga asing yang berada di rumah didatangi suspek sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis dari Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa masing-masing berusia 21 dan 50 tahun didatangi suspek yang masuk ke dalam rumah sebelum membuat pemeriksaan.

“Suspek kemudiannya menuduh bapa pengadu melakukan kesalahan dengan mengutip besi buruk tanpa lesen sebelum meminta sejumlah wang.

“Bimbang dikenakan tindakan, bapa pengadu menyerahkan RM500 kepada suspek sebelum suspek beredar,” katanya pada kenyataan hari ini.

Mohd. Azam berkata, susulan itu, pihaknya melakukan serbuan di Tasek Permai, Taman Sri Intan Lembah Jaya Selatan dan Ampang Campuran di Ampang di sini. 

“Suspek yang ditahan berusia 34 hingga 42 tahun. Seorang daripadanya bekerja dalam bidang pendawaian manakala dua lagi menganggur.

“Semakan mendapati, ketiga-tiganya memiliki rekod dadah serta jenayah. Kami turut merampas telefon bimbit suspek,” katanya.

Ketiga-tiganya kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya