Tidak terlalu memilih soal pasangan, bawa Myvi pun boleh - Wani Kayrie - Utusan Malaysia

Tidak terlalu memilih soal pasangan, bawa Myvi pun boleh – Wani Kayrie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Wani Kayrie, tidaklah meletakkan apa-apa syarat ketat untuk memilih pasangan hidup asalkan lelaki itu seorang yang rajin berusaha.

Syazwani Abdullah, 23, berkata demikian setelah ada beberapa lelaki yang mengakui takut untuk mendekatinya kerana bimbing tidak setaraf dari segi pendidikan mahupun kewangan.

“Memang sebelum ini ada orang nak kenal, tapi setelah dia tahu yang saya cari duit sendiri dan mempunyai ijazah, dia takut nak teruskan.

“Tapi sebenarnya, saya okay sahaja asalkan dia seorang yang rajin berusaha,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Mengakui pernah hidup susah dan mencari rezeki buat keluarga pada umur yang muda, membuatkan penyanyi Jangan Jangan itu sentiasa merendah diri termasuklah dalam soal pergaulan.

“Saya pun datang dari bawah sebelum dapat kesenangan hari ini. Oleh itu kalau mahu cari pasangan hidup pun, saya tidak terlalu memilih.

“Asalkan orang itu serius, dan ada usaha, saya okay sahaja. Dia bawa Myvi pun tak kisah.

“Sebelum masuk industri pun saya ada ramai kawan. Saya tidaklah hanya berkawan dengan orang-orang industri sahaja. Saya okay sahaja berkawan dengan sesiapa asalkan saya selesa,” jelasnya yang memiliki sebuah kereta mewah.

Masih solo, Wani bagaimanapun mahu memberi fokus kepada kerja dan mencari nafkah buat keluarganya tanpa memikirkan terlalu banyak soal jodoh.

“Saya anak sulung dan ibu masih bekerja. Saya ada adik kecil dan mahu fokus menjaga keluarga. Lagipula saya masih muda dan ada banyak cita-cita untuk sambung belajar menjadi doktor falsafah (PHD).

“Karier saya juga sedang meningkat naik. Ini adalah masanya untuk saya fokus kepada diri sendiri kerana sebelum ini saya banyak beri perhatian kepada orang lain sehingga mengabaikan diri sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wani sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan single terbaharunya yang dirancang bakal menemui peminat hujung tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN