Tidak ramai ahli Parlimen jalani pemeriksaan kesihatan

Dewan Rakyat: Tidak ramai ahli Parlimen jalani pemeriksaan kesihatan, Speaker bimbang ada yang ‘tumbang’

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya sebilangan kecil daripada semua 222 ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan meskipun arahan itu telah dikeluarkan sejak bulan lalu. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, hanya 54 Ahli Parlimen, dua Ahli Dewan Negara dan dua anggota pentadbiran Parlimen telah menjalani pemeriksaan kesihatan. 

“Ini jumlah amat kecil. Oleh itu, saya menyeru semua ahli Dewan yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan untuk melaksanakan segera,” katanya sebelum memulakan mesyuarat Dewan Rakyat di sini hari ini. 

Selepas mengeluarkan arahan tersebut, berlaku ketegangan antara Johari dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Ronald: Walaupun kami tidak datang (ke Parlimen jalani pemeriksaan), sebahagian besar kami ada fail pemeriksaan secara rutinnya di IJN (Institut Jantung Negara). Jadi, ini mesti dipertimbang. Dari klinik di Parlimen sepatutnya ada rekod ini. Semak di IJN dan HKL (Hospital Kuala Lumpur). Anda tidak boleh paksa semua orang datang ke sini. 

Johari: Saya telah maklumkan YB (Yang Berhormat) boleh lakukan pemeriksaan di sini atau di mana-mana juga asalkan rekod kesihatan itu dibawa ke sini. Supaya kalau anda ‘tumbang’ di sini, contohnya, rekod kesihatan anda berada di Beluran, tidak mungkin doktor dapat selamatkan anda dengan segera. Jadi, tolong bawa rekod kesihatan dan berjumpa pegawai kita untuk disimpan di Parlimen supaya apa-apa terjadi saya boleh bertanggungjawab untuk selamatkan nyawa YB. 

Pada 13 September lalu ketika mesyuarat khas perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Johari mengarahkan kesemua 222 ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan. 

Katanya, arahan itu adalah wajib manakala tarikh akhir pemeriksaan kesihatan pada 31 Oktober ini. 

Katanya, beliau secara peribadi telah melihat seramai 11 ahli Parlimen ‘tumbang’ sepanjang tempoh tersebut sepanjang 15 tahun bergelar ahli Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya