PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang di Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand semalam.
Menurut kenyataan Wisma Putra, berdasarkan laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan pistol melepaskan tembakan rambang yang meragut dua nyawa dan mencederakan lima orang lain.
Katanya, penembak rambang tersebut juga dilaporkan ditahan pihak berkuasa di tempat kejadian.
“Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.
“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok,” katanya hari ini.
Wisma Putra akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini dari semasa ke semasa.
Mana-mana pihak boleh berhubung melalui:
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok
Kronos Sathorn Tower
Level 17, 46 North Sathorn Road, Silom, Bang Rak
Bangkok 10500
Tel: +66-2340-5720
+66-2340-5731 / 5732 (hal-hal konsular)
+66-87-028-4659 (untuk kecemasan)
Faks: +66-2340-5721
Emel: [email protected] – UTUSAN