Tiada mogok, protes pemandu lori di Johor 

Tiada mogok, protes pemandu lori di Johor 

Chai Pei Yoon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengusaha lori di Johor tidak berhasrat mengadakan protes besar-besaran seperti yang dilakukan di beberapa negeri utara dan pantai timur negara ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Lori Johor (JTA), Chai Pei Yoon berkata, hal itu kerana tindakan sedemikian hanya akan memberi kesan negatif kepada individu terlibat.

“Perbuatan mogok seperti itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah, akan turut mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan awam.

“Jadi, kita di Johor tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengadakan tindakan sedemikian sebaliknya kita buat laporan polis demi keselamatan ahli-ahli persatuan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini semalam.

Tambah Pei Yoon, laporan polis tersebut dibuat pada 16 Oktober lalu ketika isu protes pemandu lori baharu mula kedengaran.

“Sebelum ini, kita ada dengar mengenai khabar angin berhubung protes sedemikian di Johor, tetapi tiada perkara yang kukuh. Persatuan juga tidak menyokong perkara itu,” ujarnya sambil memaklumkan JTA mempunyai seramai 178 ahli seluruh Johor.

Baru-baru ini, berlaku protes melibatkan ribuan pemandu lori di negeri seperti Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah di mana mereka turut menghantar memorandum kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

Tindakan sedemikian dibuat sebagai tanda protes mereka terhadap operasi bersepadu dijalankan JPJ dengan Polis Diraja Malaysia yang menyebabkan pengusaha dan pemandu lori hilang punca pendapatan mereka.

Sementara itu, Wakil Persatuan Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Pantai Timur, Ibrahim Mamat dilaporkan berkata, tindakan penguatkuasaan itu seolah-olah menunjukkan mereka adalah golongan penjenayah.

“Antara tuntutan kami ialah pelepasan had muatan, pengurangan waktu operasi, tindakan saman terhadap pengilang dan pelombong, kenaikan sewa kenderaan perdagangan dan menghapuskan sistem saman demerit.

“Jadi, kami sepakat untuk mogok dan tidak bekerja selama seminggu dan berharap pihak berkuasa atau kerajaan memberi perhatian terhadap rintihan pemandu lori,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya