Tiada cadangan tutup sekolah meskipun IPU tinggi di Melaka

Tiada cadangan tutup sekolah meskipun IPU tinggi di Melaka

RUSDI Abd. Rahman melepaskan nyamuk berwolbachia di koridor pangsapuri pada Majlis Perasmian Pelepasan Nyamuk Aedes Dewasa Berwolbachia di Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Belum ada sebarang perbincangan antara Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkenaan cadangan penutupan sekolah, meskipun bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tinggi iaitu 163 dicatatkan hari ini di Melaka.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, ini kerana penutupan sekolah hanya akan dilakukan apabila IPU mencecah peringkat merah iaitu bacaan melebihi 200.

Ujarnya, JKN dan JPN sentiasa memantau perkembangan jerebu dari semasa ke semasa sebelum membuat sebarang keputusan.

“Belum (tutup sekolah) bila ada berlaku IPU sampai ke peringkat merah (bacaan lebih 200) barulah akan ada perbincangan. Tapi buat masa ini nampaknya IPU tidak akan pergi ke tahap itu dan insya-Allah tidak perlu (cadangkan tutup sekolah),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelepasan Nyamuk Aedes Dewasa Berwolbachia di Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Indonesia berusaha keras untuk memadam kebakaran hutan dan tanah yang melanda negara itu sejak beberapa minggu lalu sehingga mencetuskan jerebu tebal.

Sehingga kini, Indonesia terus menafikan asap jerebu itu melintasi ruang udara beberapa negara jiran termasuk Malaysia dan Singapura.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), keseluruhan tiga stesen di Melaka iaitu Bandaraya Melaka, Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan IPU tidak sihat melebihi 103 bermula 12 tengah malam tadi.

Bacaan paling tinggi direkodkan di Bukit Rambai dengan IPU meningkat sehingga 163, setakat pukul 11 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya