Tesla terbakar di tempat letak kenderaan

Tesla diletakkan di tepi jalan tiba-tiba terbakar

KENDERAAN Tesla yang terbakar di Jalan Puchong Jaya, di sini, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenderaan elektrik (EV) Tesla yang diletakkan di tepi jalan dilaporkan terbakar secara tiba-tiba di Jalan Puchong Jaya, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, kenderaan berkenaan terbakar 70 peratus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran tersebut pada pukul 8.32 malam.

Katanya, seramai tujuh anggota dan dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati sebuah kereta jenis Tesla terbakar, namun, tidak melibatkan mangsa.

“Tindakan anggota dengan menggunakan satu salur pam air tangki berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, kes itu diserahkan kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini tular dalam media sosial sebuah kereta Proton X70 berasap dan terbakar di Puspakom Alor Gajah Melaka.
Proton mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan video yang tular itu dan merujuk kepada kejadian itu sebagai satu “insiden suhu”.
Proton mengambil tindakan segera dan kenderaan tersebut kini berada dalam pegangan mereka.- UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya