Terus sokong, doa untuk kami - Sabri Yunus

Terus sokong, doa untuk kami – Sabri Yunus

GAMBAR yang dikongsi Sabri Yunus dalam laman Facebooknya. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pelakon dan pengarah tersohor, Sabri Yunus berkongsi gambar terkininya di laman Facebook beliau petang ini, selepas mendirikan rumah tangga dengan aktress, Angeline Tan yang dirakam bersama sebahagian ahli keluarganya.

Dalam catatan ringkas di laman sosial berkenaan, beliau menyatakan perasaan syukur kerana Allah SWT membuka pintu hatinya dan Angeline untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa yang dihantar menerusi medium sosial Faceebook, Instagram dan aplikasi WhatsApp selain merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu memudahkan majlis pernikahannya hari ini.

“Alhamdulillah, saya tak mampu nak jawab satu persatu. Saya berterima kasih di laman ini. Kami berdua amat menghargainya.

“Terima kasih kepada urusan di pihak Majlis Agama Islam Perlis, Datuk Mufti Perlis dan sahabat-sahabat yang uruskan majlis hari ini.

“Terima kasih juga Ustaz Hazwan dan Ustaz Taufik Tee dari JHAEIK dan MAIK yang awal membantu dan mengurus pengislaman Angeline. Terima kasih ahli keluarga dan sahabat yang menyertai. Semoga semua teruskan sokongan dan doa untuk kami,” katanya.

Sabri  selamat mendirikan rumah tangga dengan Angeline dalam satu majlis tertutup pagi tadi.

Mereka mula berkenalan menerusi sitkom popular era 90an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang menampilkan Angeline sebagai Lucy dan Sabri sebagai Wan Ismail Golok. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya