Terokai manfaat ESG melalui perdagangan karbon - Utusan Malaysia

Terokai manfaat ESG melalui perdagangan karbon

ESG
PENGARAH Urusan Petro Teguh Sdn. Bhd, Datuk Seri Azmin Mustam Abdul Karim (kanan) bertukar MOU dengan Rehanfairuz Mohd. Jamil sambil disaksikan Senator House of Representative Thailand Dr. Wareerat Siri pada Agro Fex 2023 dekat Central Korat di Nakhon Ratchasima, Thailand, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Amalan terhadap dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) menjadi antara fokus syarikat MSQ Engineering & Solutions Sdn. Bhd. (MSQ) dalam perdagangan karbonnya.

Malah, mereka turut mengadakan kerjasama dengan pelbagai syarikat termasuk di Thailand untuk membangunkan laporan ESG bagi pemain industri di Malaysia sebelum memperluaskan potensinya ke perdagangan kredit karbon.

Pengarah Urusan MSQ, Rehanfairuz Mohd Jamil dalam satu kenyataan berkata, MSQ kini menyertai menyertai Agro Fex 2023 di Central Korat Thailand untuk memberi kesedaran dan berkongsi peluang kepada semua sektor perusahaan dan industri di Thailand untuk membangunkan laporan ESG lebih efektif.

“Membangunkan laporan ESG yang lebih efektif dan menepati piawaian antarabangsa dengan menggunakan platform digital solusi penuh milik MSQ dan menggali potensi kredit karbon yang boleh digunakan semula atau dipasarkan sebagai salah satu usaha menangani perubahan iklim dunia yang semakin berbahaya.

“Petro Teguh Sdn Bhd turut menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama MSQ bagi menerokai usahasama dalam mempertingkatkan kesedaran dan membangunkan laporan ESG bagi pemain industri di Malaysia,” katanya, hari ini.

Beliau menambah, Kolaborasi MSQ bersama syarikat tempatan dan antarabangsa ini akan membuka peluang untuk meningkatkan lagi kesedaran dan rasa tanggungjawab industri untuk sama-sama menjaga alam sekitar.

Dalam pada itu, Rehanfairuz turut berhasrat mengembangkan kerjasama tersebut ke sektor pertanian termasuk bidang akuakultur dan pembuatan yang berpotensi menghasilkan kredit karbon menerusi kepakaran daripada MSQ.

“Ini kerana perindustrian di Thailand seperti pertanian, pembuatan serta pengeluaran produk-produk makanan di sini sudah lebih ke hadapan dalam mengurus sisa biogas dan biojisim yang menjurus kepada pembangunan teknologi hijau selain daripada mengekalkan hutan mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya