Tanah runtuh di Sg Ruil, Cameron Highlands, 3 motosikal tertimbus

Tanah runtuh di Sungai Ruil, Cameron Highlands, tiga motosikal tertimbus, penghuni 16 rumah diarah pindah

KEJADIAN runtuhan tanah berdekatan rumah penempatan semula Orang Asli di Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands hari ini. - FOTO/IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Tiga buah motosikal tertimbus dan sebuah garaj kereta rosak dalam kejadian tanah runtuh berdekatan kawasan penempatan semula Orang Asli Kampung Sungai Ruil Golden Hill, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, 11 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 11.15 pagi.

ANGGOTA bomba sedang membantu pemindahan 16 keluarga di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands hari ini. – FOTO/IHSAN JBPM PAHANG

“Pegawai operasi, Wan Ziadi Wan Mokhtar mengesahkan kejadian tanah runtuh berdekatan perumahan tersebut melibatkan tiga buah motosikal tertimbus dan kerosakan 10 peratus garaj kereta di sini.

“Bagaimanapun kejadian tanah runtuh ini tidak melibatkan nyawa dan kecederaan mangsa, manakala di lokasi dilaporkan tidak hujan ketika kejadian tersebut,” katanya.

Menurut Zulfadli, anggota bomba telah membuat pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian dan mendapati masih ada lagi pergerakan tanah di kawasan tersebut.

“Pihak bomba telah mengarahkan penghuni di 16 buah rumah di kawasan tersebut supaya mengosongkan kediaman masing-masing untuk jaminan keselamatan.

“Mangsa yang terlibat telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ruil,” katanya.

Ujarnya, anggota BBP Cameron Highlands terus membuat pemantauan di lokasi dan punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya