Taman Laut Melaka hadkan 200 pengunjung sebulan

Taman Laut Melaka hadkan 200 pengunjung sebulan

PULAU Undan, Melaka diwartakan sebagai Taman Laut Negara pada April 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kemasukan ke Taman Laut Melaka dihadkan kepada 200 pengunjung setiap bulan bagi menjaga ekosistem biodiversiti di Pulau Undan, Pulau Dodol dan Pulau Nangka di sini.

Timbalan Pengarah Perikanan Melaka, Nawar Abd. Karim berkata, sejak ketiga-tiga pulau itu diwartakan sebagai Taman Laut Negara pada April lalu, jumlah pengunjung yang direkodkan adalah seramai 1,200 orang.

Beliau berkata, pelaksanaan had jumlah pengunjung amat penting bagi melindungi ekosistem supaya tidak tercemar atau musnah.

“Kita perlu melindungi sumber karang dan tidak mahu kedatangan pengunjung terlalu ramai boleh menjejaskan sumber itu. Sasaran kita masih dalam anggaran itu (200 pengunjung sebulan).

“Namun, kita masih membuat kajian untuk tentukan kapasiti sebenarnya bagi melihat berapa ramai pengunjung yang boleh datang ke Taman Laut Melaka. Kita juga akan lihat apa aktiviti yang boleh dilakukan kerana bukan semua tempat boleh kita kumpulkan beramai-ramai.

“Taman Laut Melaka ini masih permulaan dan kalau dilihat pada rekod dalam tempoh enam bulan pertama ini, kita mencapai 1,200 pengunjung. Bagaimanapun, kita akan tengok sama ada 200 orang dalam sebulan ini memadai atau perlu ditambah, bergantung kepada aktiviti dilakukan,” katanya kepada pemberita pada Program Mempromosi Taman Laut Melaka di Pulau Undan, semalam.

Tambah Nawar, antara inisiatif lain bakal dilaksanakan pihaknya untuk menjaga kelestarian Taman Laut Melaka adalah menyenarai perkhidmatan hanya di tiga jeti sebagai pintu utama kemasukan pengunjung.

Jelasnya, jeti terlibat adalah Jeti Umbai, Jeti Anjung Batu dan Jeti Marina yang menawarkan perkhidmatan 25 operator bot berdaftar di bawah Jabatan Perikanan.

“Caj bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk mengunjungi Taman Laut yang mana bayaran itu digunakan untuk pemuliharaan, penyelenggaraan dan sebagainya. Bagaimanapun, harga pakej ditawarkan bergantung kepada aktiviti pilihan pengunjung iaitu pakej pertama, aktiviti bersnorkel (snorkeling) manakala pakej kedua selam skuba dan ketiga adalah island hoping.

“Harga bagi sewaan sebuah bot juga berbeza yang mana bagi aktiviti bersnorkel biasanya RM600 yang boleh memuatkan 12 orang manakala island hoping pakej ditetapkan adalah sebanyak RM450,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya