Tak perlu takut - Scha Al-Yahya terus bersuara isu Palestin - Utusan Malaysia

Tak perlu takut – Scha Al-Yahya terus bersuara isu Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya mengakui ada pihak kurang senang dengan kelantangannya bercakap tentang isu Palestin di media sosial.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak pernah takut dan akan terus menggunakan platform berkenaan untuk bersuara tentang kekejaman rejim zionis Israel.

“Saya faham tentang sensitiviti. Tetapi, berbalik kepada agama (Islam) dan di mana kita tinggal.

“Kalau ada pihak yang tidak senang dengan kelantangan saya bersuara soal Palestin, itu bukan masalah saya. In the end, saya Muslim dan tinggal di negara yang agama rasminya Islam.

“Kenapa perlu takut? Kita boleh bersuara, tetapi jangan sehingga keterlaluan. Kena tahu apa dan bagaimana nak luahkan. Itu penting,” katanya.

Scha ditemui ketika sidang media Hero Dewi Remaja 2023 di Bukit Jalil.

Kata Scha, sebagai bergama Islam, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk bersuara dan mengutuk kekejaman yang dilakukan kepada penduduk Palestin.

“Saya pasti ada yang berbeza pandangan, menegur saya di media sosial tentang kelantangan saya bersuara pasal isu tersebut.

“Saya ada platform, jadi gunakan. Jangan rasa kita kerdil dan suara tidak didengari. Sebenarnya ia membantu dan sangat berimpak tinggi.

“Saya hanya mahu lakukan perkara yang betul,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, ibu dua cahaya mata itu menjelaskan betapa pentingnya berhati-hati ketika bersuara tentang isu yang sama.

“Kalau ikutkan, memang saya marah. Tetapi, saya juga kena berhati-hati dengan cara yang saya gunakan untuk meluahkan kemarahan tersebut.

“Cara kita bersuara menggambarkan keperibadian kita. Dalam saya lentang bercakap soal Palestin, saya tidak mahu menyentuh sensitiviti agama lain.

“Sebab itu saya masih perlu berhati-hati dengan penggunaan ayat dan cara penulisan di media sosial,” ujarnya.

Scha dalam masa yang sama mengulangi pendiriannya untuk tidak takut bercakap soal Palestin meskipun perkara itu boleh menjejaskan kerjasama antara dia dengan jenama-jenama antarabangsa yang lain.

“Saya bertuah kerana beragama Islam dan berada di Malaysia. Apa pun, kita tak perlu takut.

“Bercakap memang mudah. Tapi percayalah, rezeki  datang dari Allah S.W.T, Insya-Allah,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya