Derma Palestin: Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin kutip lebih RM81 juta

Derma Palestin: Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin kutip lebih RM81 juta

ANWAR Ibrahim menerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di Kompleks Seri Perdana Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Atas semangat solidariti terhadap keperitan dihadapi penduduk Gaza, lebih RM81 juta berjaya dikumpulkan setakat hari ini bagi mengisi  derma Pelestin melalui Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Hari ini sahaja, AAKRP yang diselia oleh Kementerian Luar Negeri itu berjaya mengumpul sumbangan lebih RM71 juta.

Jumlah RM81 juta itu termasuk dana awal RM10 juta yang diumumkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu.

Majlis agihan sumbangan berlangsung di Kompleks Seri Perdana yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Sumbangan itu diterima daripada 46 entiti termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC), syarikat swasta, yayasan dan persendirian.

Antara penyumbang terbesar termasuk Khazanah Nasional Bhd dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) dengan sumbangan RM15 juta; Yayasan Al Bukhary (RM5 juta); YTL Corporation Bhd (RM5 juta); Tenaga Nasional Bhd (RM3 juta) dan Maybank (RM2 juta).

AAKRP adalah satu usaha tambahan bagi membiayai aktiviti bantuan kemanusiaan terhadap komuniti Palestin yang terjejas dalam zon konflik.

Malah, sumbangan itu juga sejajar dengan kerangka Malaysia Madani yang menekankan mengenai belas ihsan akan nasib semua pihak.

Semua sumbangan (tunai/cek) boleh disalurkan menerusi akaun CIMB Islamic Bank, di nombor akaun 8600302489 di bawah nama penerima Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin,(AAKRP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya