Suspek kes langgar lari ditahan polis

Suspek kes langgar lari ditahan polis

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pemandu kereta e-hailing yang terbabit dalam insiden langgar lari di Jalan Dengkil – Bangi Lama menghala ke Kajang pagi Sabtu lalu sudah ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing turut dilakukan keal atas suspek, namun keputusannya adalah negatif.

“Suspek juga telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk diambil spesimen darah dan air kencing sebelum dihantar ke jabatan kimia untuk semakan kandungan dadah dan alkohol.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Dalam kejadian pukul 7.52 pagi kelmarin itu, sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang tertera logo syarikat e-hailing dikatakan merempuh sebuah kereta lain sebelum melarikan diri.

Sebelum ini, sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan sebuah kereta e-hailing jenis Perodua Bezza berhenti di tepi jalan selepas melanggar sebuah kereta.

Menerusi video itu, dua lelaki dalam kereta itu dilihat berada dalam keadaan tertidur selepas memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum didekati pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, sebaik tersedar dari tidur, pemandu kereta berkenaan bertindak memecut melarikan diri dengan kenderaan sama. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya