Suresh Kumar banggakan kem negara - Utusan Malaysia

Suresh Kumar banggakan kem negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: D. Suresh Kumar membanggakan kem tenis negara apabila layak ke final acara beregu Kejohanan Tenis ITF World Tennis Tour Juniors J60 di Arena Tenis Perak di sini esok.

Malah, Suresh juga mencatat pencapaian membanggakan apabila layak ke perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki.

Berpasangan dengan Jaden Dewandaka Tan, gandingan Malaysia-Indonesia itu yang diletakkan selaku pilihan kedua, mengatasi V. Manikantan-S. Patel dari India 6-3, 6-4.

Sementara dalam acara perseorangan, Suresh turun selaku pilihan kelima kejohanan, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengatasi lawannya, Alexei Shibaev pada set kedua dan ketiga.

Alexei, pilihan ketiga menang set pertama 6-3 tetapi tidak mempunyai jawapan kepada kebangkitan 6-2 dan 6-1 Suresh pada set kedua dan ketiga.

Dengan kejayaan itu, Suresh akan bertemu pilihan utama, Kim Juan pada separuh akhir pagi ini.

Pemain Korea itu tidak menghadapi masalah mengetepikan pilihan ke-10 dari Sri Lanka, Zaidh Zihar 6-1, 6-0.

Turut layak ke separuh akhir ialah pilihan kedua, Jaden Dewandaka Tan.

Pemain dari Indonesia itu menunjukkan pintu keluar buat pemain Denmark, August Boestroem Poulsen 6-3, 6-3.

Pilihan kelapan, V. Manikantan melakukan kejutan apabila menyingkir pilihan keempat, Airil Kayra Tuna dari Turki, 7-6 (4), 7-5 untuk menempah pertemuan dengan Jaden pagi ini.

Dalam acara perseorangan perempuan, semua pemain pilihan, Yu Kikawa (1), M Raneshwaran Revathi (2), Tajeswari Dabas (4) dan Yasmin Vavrowa (3) layak ke separuh akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya