Sultan Johor dipilih sebagai Agong Ke-17, Sultan Nazrin timbalan

Sultan Johor dipilih sebagai Agong Ke-17, Sultan Nazrin timbalan

Agong
SULTAN IBRAHIM Sultan Iskandar (dua dari kiri) dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17. GAMBAR FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Raja-Raja bersetuju memilih Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja Ke-263 yang diadakan di lstana Negara, pagi tadi.

“Majlis Raja-raja juga bersetuju mengisytiharkan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024,” katanya.

Menurut Syed Danial, Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja yang berlangsung hari ini dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ujar beliau, mesyuarat hari ini dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja kecuali Raja Perlis dan Sultan Kelantan.

“Menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-raja ini telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga telah dimaklumkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya