Sultan Ibrahim komando sebenar

Sultan Ibrahim komando sebenar

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) disini dan merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Khalsom Abdullah. 

Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015.

Royal Press Office (RPO) dalam satu kenyataan memberitahu, baginda mula mendapat pendidikan asas di Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam, di sini sebelum memulakan pendidikan di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), di sini.

“Sultan Ibrahim kemudian melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Sydney, Australia pada tahun 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di English College (Maktab Sultan Abu Bakar) dari tahun 1971 hingga 1975 serta mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Ayer Molek.

“Kepimpinan baginda terserlah selepas melibatkan diri dalam aktiviti ketenteraan yang turut dijadikan asas bagi membina semangat juang, disiplin serta perwatakan yang berwibawa.

“Baginda mula menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada) di Kota Tinggi dan dilantik sebagai platun komander sebelum mengikuti latihan ketenteraan pegawai muda di Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat, selain menjalani latihan airborne dan ranger untuk pegawai infantri,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, baginda kemudian dipilih dan ditauliahkan sayap seterusnya mendapat pengiktirafan sebagai komando, baginda turut ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL (tentera darat, laut dan udara). 

“Baginda juga melakukan beberapa penerjunan di Bandung, Indonesia sebelum ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS), Indonesia. 

“Sultan Ibrahim turut menjalani latihan juruterbang helikopter bersama Tentera Udara Diraja Malaysia dan dikurniakan serta menerima sayap pada 26 April 1982 daripada Almarhum Sultan Iskandar.

“Selain itu, baginda turut menjalani latihan tentera laut di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut, Perak sekali gus melengkapkan baginda sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara yang berkemahiran,” tambah kenyataan itu.

Sultan Ibrahim kemudian melanjutkan pengajian di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat di mana baginda melengkapkan dua kursus iaitu ‘Southeast Asian Strategic Studies’ dan ‘International Law of the Seas’. 

“Sultan Ibrahim juga pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di pelbagai jabatan bagi mempelajari aspek-aspek pengurusan serta pentadbiran negeri.

“Baginda dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 kemudian mendirikan rumah tangga bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada 22 September 1982 dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri,” tambah kenyataan itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya