Suki Low, Cliff Umar peserta pertama tersingkir ASGV - Utusan Malaysia

Suki Low, Cliff Umar peserta pertama tersingkir ASGV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perjuangan Cliff Umar dan Suki Low dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) terhenti selepas dua penyanyi itu jatuh ke kedudukan tercorot pada konsert minggu kedua yang berlangsung malam tadi.

Cliff yang menyanyikan lagu Laskar Cinta terpaksa berpuas hati di tempat terakhir dengan markah 53.25 peratus sementara Suki yang menyanyikan lagu Tak Ingin Usai di kedudukan dua terakhir dengan kutipan markah 56.25 peratus.

Mengulas mengenai keputusan tersebut, Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap ASGV berpendapat kekurangan pada aspek penyampaian membuatkan dua peserta itu mendapat markah terendah.

“Persembahan mereka boleh dikatakan tidak nampak kesungguhan. Mereka hanya bernyanyi namun tidak menyampaikan lagu.

“Suki pula saya berpendapat pilihan lagunya tidak tepat. Nyanyiannya hanya sampai di beberapa tempat sahaja namun tidak menyeluruh.

“Ini pertandingan, mereka tak hanya bernyanyi untuk peminat sahaja,” katanya semasa sidang media.

Hady Mirza kali ini lebih cemerlang sekaligus merampas kedudukan pertama dengan markah sebanyak 79 peratus.

Minggu kedua ASGV menyaksikan kesemua peserta iaitu Ayai Ilusi, Siti Nordiana , Azharina , Aishah, Noryn Aziz, Naqiu, Hady Mirza, Cliff Umar , Aliff Aziz dan Jaclyn Victor (GV9) betentap membawakan lagu pilihan masing-masing.

Turut bersaing adalah 5 peserta ‘Hot Seat’ iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya