STV Relau terima peruntukan RM50 juta - Utusan Malaysia

STV Relau terima peruntukan RM50 juta

CHOW Kon Yeow (dua dari kanan) melawat reruai pameran sempena Seminar Pelaburan Sektor Agromakanan Malaysia di Bertam, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Kementerian Ekonomi memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi membiayai pelaksanaan projek Sedusun Tech Valley (STV) di Relau dekat sini, yang akan dijadikan pusat ekopelancongan unik di Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek terbabit ketika ini berada di peringkat reka bentuk dan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2026.

Katanya, usahasama antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama kerajaan negeri dan sektor swasta itu akan mengubah Stesen Pertanian Relau menjadi Lembah Silikon pertanian di Pulau Pinang.

“Buat permulaan, kita menggunakan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi tujuan reka bentuk STV.

“Tahun depan, panggilan tender akan dibuka menerusi peruntukan RM50 juta yang diperoleh daripada Kementerian Ekonomi.

“Setelah menjalankan kejuruteraan nilai (VE) nanti, baru kita akan tahu sejauh mana pelaksanaan komponen dapat dilakukan menggunakan peruntukan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelaburan Sektor Agromakanan Malaysia dan Pelancaran Lembah Teknologi Sedusun (STV) di Bertam, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan dan Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol.

Mengulas lanjut, beliau berkata, komponen perojek berkenaan akan dilaksanakan secara berfasa sekiranya peruntukan terbabit tidak mencukupi bagi membolehkan ia siap mengikut jangka masa ditetapkan.

“STV bakal memberi peluang kepada pemain industri dan orang awam untuk menyaksikan sendiri bagaimana pertanian serta teknologi boleh diintegrasikan, malah dianggarkan akan menarik lebih 10,000 pelancong menjelang 2030,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya