Sokong pembangunan bola sepak akar umbi

Sokong pembangunan bola sepak akar umbi

WAKIL-WAKIL penaja Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup bergambar dalam majlis meraikan dan pelancaran kejohanan di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGANJURAN edisi kedua Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu pada 28 Oktober ini mendapat sokongan pelbagai pihak yang tampil sebagai rakan penaja.

Justeru, sebagai menghargai sumbangan mereka, satu majlis bagi meraikan rakan penaja diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu, kelmarin.

Majlis diadakan serentak dengan pelancaran kejohanan serta memperkenalkan kit baju pertandingan tahunan bawah 12 tahun itu yang disertai 32 pasukan dari Terengganu, Johor, Kelantan, Pahang dan Selangor.

16 rakan penaja utama kejohanan Kronos Tranung Junior Cup terdiri daripada Sport Paragon, Red One, Nestle Milo, Kopi Super Jantan, TER, KTC Arena, Sam Jasa Ayah, Warung Nasi Padang Bukit Kecil, NS 7 Ventures, Paijang Sport, Arca Imej Optometrist, Johan Service, Manis FM, Agro Bank, Romie Art & Design dan Tokku Lekor.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Duta Kronos Tranung selaku wakil kepada syarikat Sport Paragon Vest Sdn. Bhd. yang merupakan penaja utama kejohanan dan Kronos Tranung Soccer Academy (KTSA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya