Siti Saleha terharu, satu dunia berkumpul minta gencatan senjata - Utusan Malaysia

Siti Saleha terharu, satu dunia berkumpul minta gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Siti Saleha, 33, terharu dengan semangat yang ditunjukkan masyarakat dunia meminta gencatan senjata bagi menamatkan pembersihan etnik di Palestin.

Menurut Saleha, apa yang terjadi di Palestin bukanlah sebuah ‘konflik’ namun penjajahan di era baru oleh pihak Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Saya tersentuh melihat seluruh dunia berkumpul dengan semangat kemanusiaan dan meminta gencatan senjata.

“Penting untuk kita fahami bahawa apa yang berlaku antara Palestin dan Israel bukanlah sebuah konflik.

“Tetapi sebuah penjajahan atau rejim aparteid yang sudah berlaku sejak sekian lama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Namun begitu, pelakon That Cover Girl itu juga mengakui marah dan mengkritik saluran media barat yang membawakan isu ini secara berat sebelah.

“Malangnya terdapat juga golongan yang tidak dapat memahami isu ini (pembersihan etnik) kerana saluran media tertentu (saluran media barat) mengawal apa yang ingin ditunjukkan dan dilaporkan.

“Apa yang berlaku hari ini membuatkan saya marah berbanding menangis. Menangis tidak akan membantu siapa pun,” tambahnya.

Sejak perang kembali tercetus 7 Oktober lalu, demonstrasi pro-Palestin meletus di bandar-bandar utama di seluruh dunia termasuklah New York, Los Angeles, Miami dan Houston.

Walaupun perhimpunan pro-Palestin diharamkan di Perancis namun ribuan telah turun ke jalanan di Paris bagi membantah tindakan Zionis sekali gus menggesa gencatan senjata.

Menurut Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) melaporkan 70 peratus yang menjadi korban di Gaza adalah kanak-kanak dan wanita.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menuntut pelaksanaan gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.

Namun begitu, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu enggan melakukan gencatan senjata dan menegaskan ini adalah masa untuk melakukan peperangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya