Siswa UiTM bersolidariti untuk rakyat Palestin - Utusan Malaysia

Siswa UiTM bersolidariti untuk rakyat Palestin

UiTM Palestin
SEBAHAGIAN daripada lebih 300 mahasiswa berkumpul untuk menyatakan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin dalam satu perhimpunan aman dekat Dataran Cendekia di UiTM Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) digesa supaya proaktif dalam memberikan sokongan kepada rakyat Palestin sama ada melalui sumbangan bantuan ataupun sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Profesor Dr. Mohd. Sazili Shahibi berkata, solidariti terhadap rakyat Palestin adalah wajar dan perlu beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada saudara seagama.

“Solidariti perlu ditunjukkan sebagai sokongan dan keprihatinan terhadap warga Palestin terutamanya golongan wanita, orang tua, kanak-kanak serta orang awam yang menjadi mangsa di dalam konflik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, beliau dilaporkan bersama lebih 300 mahasiswa berhimpun secara aman dalam satu perhimpunan anjuran Institut Pemimpin Muda, Kelab Harmoni UiTM dan Cinta Gaza Malaysia, malam tadi.

Jelasnya, perhimpunan tersebut dianjur bagi menunjukkan gesaan terhadap mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa untuk mengambil pendirian tegas dalam menyelesaikan konflik itu termasuk pemastian pematuhan kepada undang-undang antarabangsa.

“Melalui usaha bersama dan kesatuan tindakan, diharapkan dapat menyuarakan pendirian yang kuat dan memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin yang telah lama terpinggir semenjak hak asasi mereka dicerobohi oleh orang lain,” ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu krisis yang berlaku di Gaza, PBB semalam mendedahkan kira-kira 1.1 juta rakyat Palestin diarah berpindah oleh tentera Israel ke bahagian selatan kawasan itu dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, PBB meminta arahan tersebut dibatalkan kerana dikhuatiri mencetus serangan darat yang dirancang oleh rejim Zionis dan dalam masa sama menyebabkan kematian orang awam dalam skala besar.

Namun, tentera rejim Zionis tidak memberi komen mengenai amaran itu, setakat ini, ketika Israel mengerahkan kereta kebalnya ke lokasi berhampiran sempadan Gaza sambil berterusan membedil Gaza dengan serangan udara. – UTUSAN

SEBAHAGIAN daripada lebih 300 mahasiswa berkumpul untuk menyatakan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin dalam satu perhimpunan aman dekat Dataran Cendekia di UiTM Shah Alam, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya