Siswa perlu fahami konsep Malaysia Madani, bukan slogan kosong

Siswa perlu fahami konsep Malaysia Madani, bukan slogan kosong

ISMAIL Yusop bergambar kenangan bersama pelajar UIS selepas Program Semarak Transformasi Siswa Madani Selangor di UIS, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Penuntut institusi pengajian tinggi dinasihatkan agar menilai konsep Malaysia Madani bukan lagi sekadar usaha pembentukan sebuah bangsa bermaruah dan berdaulat.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ismail Yusop berkata, gagasan ini perlu dilihat dalam perspektif luas iaitu bukan sekadar slogan kosong, malah ada nilai kenegaraan ke arah jati diri nasional selaras dengan prinsip Rukun Negara.

“Perdana Menteri juga memahami cabaran besar yang bakal ditempuh generasi muda ketika ini dan perlu menyiapkan mereka supaya bersedia bagi mendepaninya,” katanya yang mewakili Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu merasmikan Program Semarak Transformasi Siswa Madani Selangor di sini hari ini.

Acara itu disertai kira-kira 1,000 pelajar Universiti Islam Selangor (UIS) dengan kerjasama Himpunan Siswazah Kebangsaan yang berkonsepkan penerangan idea Malaysia Madani.

Pada masa sama, ujar beliau, penuntut universiti wajar menjadi ejen kepada komuniti peringkat akar umbi kerana tanggungjawab sebegini menuntut mereka tidak leka dengan kisah kejayaan terdahulu.

Beliau memberikan contoh pelaksanaan Undi 18 pada pilihan raya umum lepas yang telah mengubah demografi dan profil politik tanah air melibatkan golongan lepasan sekolah.

Situasi itu tambahnya, memerlukan belia yang kali pertama menjadi pengundi perlu cakna senario masa depan negara dan memilih wakil rakyat terbaik mengemudi masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya