Sibu bakal jadi perkampungan sukan permotoran- Abang Johari

Sibu bakal jadi perkampungan sukan permotoran- Abang Johari

ABANG Johari Tun Openg ketika sesi dialog Townhall Sarawak Agenda di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sarawak mempergiat usaha dalam membangunkan daerah Sibu bagi sukan permotoran untuk anak muda.

Sehubungan itu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, satu litar permotoran akan dibina di daerah Sibu untuk kegunaan anak-anak muda yang gemar sukan permotoran.

“Kita (kerajaan negeri) akan membina satu perkampungan sukan di Sibu mengikut model daripada New Zealand berdekatan stadium Sarawak,” katanya dalam satu sesi dialog Townhall Sarawak Agenda di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Terdahulu, Sarawak komited mentransformasikan ekonomi berasaskan sumber konvensional kepada ekonomi dipacu teknologi mapan menerusi Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030.

Menurut Premier Sarawak, pelan komprehensif itu dirangka berdasarkan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 yang sedia ada serta bertindak sebagai fungsi asas Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS2030).

Katanya, kerajaan negeri sedang merangka perancangan jangka panjang bagi daerah Sibu ekoran daerah itu menjadi tempat perkumpulan air bertakung.

Jelas Johari, kerajaan negeri juga sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sunway Berhad bagi menempatkan litar permotoran di Sibu.

Tambahnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang merancang untuk menjadikan Sarawak sebagai tuan rumah bagi aksi Sukan SEA pada 2027.

“Dengan itu, kita sedang menyediakan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa bagi persiapan Sukan SEA 2027 seperti yang diusulkan oleh KBS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya