Setiap aktiviti NGO perlu sejajar dengan nilai budaya dan identiti negara - Utusan Malaysia

Setiap aktiviti NGO perlu sejajar dengan nilai budaya dan identiti negara

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyampaikan sumbangan kepada seorang asnaf ketika mengetuai kayuhan ‘MAIPs Peduli’ di sekitar bandar Trang, Thailand baru-baru ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRANG, THAILAND: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa tidak dinafikan kebanyakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan penting mempromosikan keperluan sosial masyarakat.

Bagaimanapun titah baginda, adalah penting juga untuk orang ramai sentiasa berwaspada dan berhati-hati bagi memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan sejajar dengan nilai budaya dan identiti negara.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai kayuhan ‘MAIPs Peduli Khas’ sejauh 15 kilometer di sekitar bandar Trang, Thailand bersempena Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke wilayah berkenaan dari 6 hingga 8 Oktober baru-baru ini.

Turut serta Timbalan Gabenor Wilayah Trang, Skul Dumrongkiatkul, Ketua Polis Wilayah Trang, Mejar Jeneral Polis Chaowalit Leangsupong dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tiga buah rumah golongan yang memerlukan di kawasan itu turut disantuni dan disampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs oleh baginda.

Tuanku Syed Faizuddin turut menzahirkan harapan agar setiap rakyat perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan negara ini kekal aman dan damai serta bebas daripada sebarang konflik.

Baginda menambah, dialog terbuka secara berhemah dan juga persefahaman bersama adalah antara kaedah pilihan yang perlu selalu dipertimbangkan untuk menangani sebarang isu dengan berkesan. Pada masa sama menggalakkan perubahan yang baik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya