Serius tangani isu gangguan seksual

Serius tangani isu gangguan seksual

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Usahasama Strategik @Advokasi Antigangguan Seksual bertujuan memberi kesedaran dan pendidikan berterusan seiring dengan hasrat kerajaan menghapuskan budaya menormalisasikan gangguan seksual dalam kalangan rakyat.

Program itu adalah kesinambungan kepada Jerayawara KASIH Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) @advokasi antigangguan seksual dengan pelaksanaan berbeza bersama Express Rail Link Sdn. Bhd.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menyediakan koc wanita bagi perkhidmatan Transit  Aliran Massa (MRT) laluan Kajang yang  dimulakan September lalu. 

“Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diperluas kepada  pengangkutan awam lain. Justeru semua pihak perlu memandang serius terhadap isu ini dan memainkan peranan masing-masing dalam membanteras gejala gangguan seksual.

“Usaha pencegahan dan kesedaran terhadap gangguan seksual adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama oleh semua pihak agar dapat mewujudkan ekosistem dan  persekitaran yang selamat serta kondusif,” katanya pada majlis pelancaran program itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya