Semua jabatan Persekutuan diarah ambil tindakan pencemaran air

Semua jabatan Persekutuan diarah ambil tindakan isu pencemaran air

ANWAR Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Kelima. -FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua jabatan dan agensi peringkat Persekutuan diarahkan untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu-isu pencemaran air dengan kerjasama kerajaan negeri berdasarkan Laporan Status Kualiti Air Sungai Negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil perhatian serius terhadap isu-isu pencemaran air yang sering terjadi pada sebelum ini.

Katanya, Pusat Teknikal Empangan dan Infrastruktur Air akan diselaraskan dengan menempatkan para pegawai berpengalaman merentas kepakaran untuk melaksanakan pengawasan dan pemeriksaan daripada aspek keselamatan dan teknikal empangan secara berpusat bagi mengurangkan risiko bencana berkaitan dengan kegagalan empangan yang memberi ancaman kepada rakyat.

“Saya singgung akan keperluan kita untuk mengimbangi ketersediaan serta keperluan air negara dengan menguruskan sumber air dengan lebih efektif berdasarkan prinsip tata kelola yang terbaik supaya ia boleh digunakan secara optimum bagi memenuhi keperluan rakyat,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Kelima sebagai platform penting di antara kerajaan Persekutuan dan negeri yang bertanggungjawab menetapkan dasar, hala tuju dan pendekatan berhubung dengan pengurusan dan pembangunan air negara.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan akan terus memperkasa pengurusan air negara melalui Dasar Air Negara bersama sesi libat urus kerajaan negeri yang akan dilaksanakan sebelum ia dimuktamadkan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya