Sembilan resolusi Forum Perang Palestin-Israel dibawa ke OIC

Sembilan resolusi Forum Perang Palestin-Israel dibawa ke Persidangan OIC

TENTERA Israel melancarkan serangan udara di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak sembilan resolusi berjaya dicapai pada Forum Perang Palestin-Israel dan Pembebasan al-Aqsa anjuran Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bersama persatuan belia dan Universiti Geomatika Malaysia Melaka.

Pengerusi Yayasan DMDI, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali berkata, resolusi itu akan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan wakil Malaysia yang menghadiri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bersidang di Jeddah, Arab Saudi hari ini.

Kata beliau, resolusi itu juga mendapat persetujuan bersama World Youth Foundation, Serantau Muslim, Majlis Gabungan Belia Malaysia (MGBM) dan Belia 4B untuk dibentangkan di forum-forum penentangan rejim Zionis di seluruh negara.

“Antara resolusi yang diputuskan adalah bantuan kemanusiaan supaya bantuan berupa kesihatan, makanan, pakaian dan lain-lain dibenarkan masuk ke Gaza dan seluruh Palestin tanpa sekatan.

“Kita juga meminta zon selamat atau koridor kemanusiaan diwujudkan agar warga Palestin dapat menyelamatkan diri sewaktu peperangan bagi mendapatkan rawatan dan bantuan,” katanya ketika berucap membaca resolusi forum itu di sini, hari ini.

MOHD. RIDHWAN Mohd. Ali bercakap kepada pemberita selepas Forum Perang Palestin-Israel dan Pembebasan al-Aqsa di Ayer Keroh, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Tambah Mohd. Ridhwan, turut ditekankan adalah program wacana ilmu dengan memperbanyakkan program yang memberikan pemahaman kepada umat Islam dan orang awam mengenai perjuangan membebaskan Masjid al-Aqsa dan Palestin daripada cengkaman Israel.

Tegasnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), OIC dan Pertubuhan Lapan Negara Membangun (D-8) digesa memainkan peranan lebih berkesan dalam usaha mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Mohd. Ridhwan yang juga Presiden MGBM berkata, semua resolusi itu bakal diterjemahkan dalam bentuk Program Himpunan Mega Road Tour Satu Juta Pembela Palestin yang akan diadakan di seluruh negara dalam masa terdekat.

Menurutnya, forum berkenaan akan digerakkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama gabungan MyAqsa Defender. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya