Selangor jimat RM7 juta setahun jika kitar semula dilaksana - Utusan Malaysia

Selangor jimat RM7 juta setahun jika kitar semula dilaksana

Kitar semula
NG Suee Lim menyaksikan penyerahan MoU antara Nestle Malaysia dan KPT Recycles Sdn Bhd sempena Program Kitar Semula Shah Alam di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penjimatan sehingga RM7 juta setahun di negeri ini dapat dilakukan jika program kitar semula dilaksanakan secara menyeluruh dan bersistematik.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Ng Suee Lim, jumlah penjimatan tersebut adalah sekitar 10 peratus daripada kos keseluruhan RM70 juta pengurusan sampah setiap tahun.

“Program kitar semula dengan aplikasi teknologi maklumat diharap dapat menjayakan dasar kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu pengurusan sampah dari semasa ke semasa. 

“Menerusi program ini kita mengajar generasi muda untuk menyayangi bumi kita dan memberi kesedaran kepada mereka, bahawa di negeri ini hampir 10,000 tan sampah perlu diuruskan setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Nestle Malaysia dan KPT Recycles Sdn Bhd untuk Program Kitar Semula Shah Alam, hari ini.

Beliau menambah, tempat pembuangan sampah seperti di Tanjong Dua Belas, Kuala Langat menerima ribuan tan sampah setiap hari dan ia bukanlah satu perkembangan yang baik untuk tempoh jangka panjang.

“Kaedah ini tidak boleh berpanjangan dan kita kena fikir satu solusi, anjakan paradigma supaya pengurusan sampah ini dapat diperkemaskan dan diperkasakan.

“Sekarang kita sudah ke arah teknologi yang baharu iaitu bahan buangan menjadi tenaga. Kita akan bina plant (incenarator) termasuk di Jeram pada masa terdekat, kita akan mengadakan pecah tanah melibatkan dua plant di situ dan satu di Rawang (masih dalam urusan dengan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)) dan akhirnya kita ke arah itu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, negara lain sudah lama melaksanakan teknologi tenaga diperbaharui tersebut namun negara kita masih jauh ketinggalan 20 tahun berbanding Singapura.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya