Saya juga pernah diejek kerana rupa, badan - Aina Abdul - Utusan Malaysia

Saya juga pernah diejek kerana rupa, badan – Aina Abdul

PETALING JAYA 11 Julai 2023 - AINA ABDUL Majlis Pengumuman Pra-Kemuncak ABPBH 35 yang diadakan di The Agam, Jalan Sungai Penchala pada malam tadi. / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya bangga dengan tindakan Kak Liza yang bangkit bersuara apabila diejek kerana rupa. Saya pernah melalui situasi faceshaming dan bodyshaming.”

Demikian luahan penyanyi, Aina Abdul ketika ditanya berhubung isu rakan seindustri, Liza Hanim yang menerima komen berbentuk hinaan terhadap rupa paras baru-baru ini.

Jelas Aina, sebagai penggiat seni, sukar untuk mereka menghentikan apa sahaja kecaman dan komen negatif namun dalam pada masa sama, dia berharap agar warganet tidak terlalu melampau.

“Kita semua anak seni, tak boleh nak hentikan kecaman. Apa yang kita boleh buat, teruskan kerja dan usaha. Saya sendiri berdepan perkara sebegitu. Kecwa bila ada yang berfikiran begitu.

“Kepada yang menulis, saya memang tak boleh buat apa-apa. Cuma jagalah ayat dan perkataan anda. Kita tak tahu apa perasaan dan hati mereka yang berdepan kecaman sebegitu.

“Mungkin ada yang sukar memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku. Jadi berbaiklah sesama manusia. Kecantikan itu semua adalah milik Allah. Bukan milik sesiapa,” katanya.

Aina berkata demikian sewaktu ditemual sebuah stesen radio seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aina yang baru sahaja melancarkan lagu baharu, Jangan Mati Rasa Itu berkata, dia mahu memeluk Liza sekiranya bertemu dengan penyanyi bersuara emas itu.

“Saya sedih bila seorang penyanyi hebat seperti Kak Liza perlu berdepan semua itu. Kalau jumpa dia nanti, saya nak peluk kuat-kuat.

“Kepada Kak Liza dan sesiapa sahaja yang berdepan faceshaming serta body shaming, kuatkan hati kita semua. Teruskan berkarya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya