Saya bangsa Cina, agama kristian tapi sokong Palestin - Dapsy

Saya bangsa Cina, agama kristian tapi sokong Palestin – Dapsy

RAKYAT Malaysia dari pelbagai agama dan bangsa berhimpun di pekarangan Masjid Negara bagi membantu kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Dapsy, Dr. Kelvin Yii mengakui beliau amat terkilan dengan penderitaan dihadapi rakyat Palestin.

Tegas beliau, walaupun berbangsa Cina dan beragama Kristian, tetapi beliau tetap bersolidariti dengan rakyat Palestin yang ditindas Israel.

“Manusia apakah (Israel) ini, jadi saya menyeru semua menyokong perjuangan Palestin,” “Berikan kebebasan rakyat Palestin,” katanya ketika berucap d Himpunan Solidairit bersama Gaza.

Antara yang hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Selain itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli dan, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari.

Ratusan umat Islam berhimpin di perkarangan Masjid Negara bagi mengecam kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Para peserta memakai lilitan kepala, mafla selain bendera Palestin sebagai tanda sokongan kepada Semenanjung Gaza.

Selain itu, laungan Israel cuak, Free Palestin serta takbir Allahuakbar turu bergema di sini.

Sementara itu, Fadhli menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua umat Islam yang hadir tanpa mengiranlatar belakang politik untuk menyatakan kebetsamaan dalam isu Palestin.

Beliau juga percaya doa rakyat Malaysia akan sentiasa bersama warga Palestin.

“Selagi Palestin derita kita juga tidak dapat tidur lena dengan penderitaan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya