Sarawak tidak berhasrat ambil alih MyAirline -Abang Johari

Sarawak tidak berhasrat ambil alih MyAirline -Abang Johari

ABANG Johari Tun Openg bercakap kepada media berhubung spekulasi Sarawak ambil alih MYAirline selepas hadir merasmikan bangunan kilang baharu Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sarawak tidak akan mengambil alih syarikat penerbangan tambah murah, MYAirline yang kini menutup operasi berikutan berdepan masalah kewangan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri setakat ini hanya mahu memberikan fokus kepada rundingan bersama MASWing. 

“Kita sekarang hanya fokus dengan MASwing dan perbincangan bersama mereka masih dalam fasa rundingan, tidak ada kaitan langsung dengan syarikat MYAirline,” tegasnya ketika ditemui pemberita selepasmerasmikan bangunan kilang baharu Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd, di sini hari ini.

MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata, penggantungan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurutnya, tekanan kewangan menjadi punca keputusan itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai spekulasi yang mengatakan anak beliau, Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari menghadiri beberapa mesyuarat dan dialog bersama MYAirline baru-baru ini dan berpotensi menjadi pelabur baharu, Abang Johari dengan pantas menafikan.

“Tidak, tidak… Apa yang berlaku ialah anak saya pergi ke sana dengan kawannya dan sewaktu itu, dia ada sesi dialog dengan mereka, jadi, terjadilah spekulasi ini. 

“Jadi, anak saya serba salah, apabila berjalan ke mana-mana pun diperhatikan orang,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya